Beri peluang anak-anak luahkan perasaan

nik110.jpg

gaya hidup

Beri peluang anak-anak luahkan perasaan

Teguran dan nasihat semata-mata bukanlah cara yang paling berkesan untuk mencegah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja keraja jiwa remaja yang sentiasa bergolak memerlukan pendekatabn yang lebih lembut dan berhikmah supaya ia meresap dan diterima oleh fikiran muda mereka.Ini kerana semua nasihat yang dihamburkan kepada remaja yang telah runtuh akhlaknya ibarat mencurah air di daun keladi malah semakin sukar untuk mengubah tabiat mereka kerana beranggapan golongan dewasa hanya memberi nasihat untuk menunjuk pandai sahaja.Penolong Prof. Kuliyah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Dr Nik Rahim Nik Wajis berkata cara yang paling berkesan untuk mengubah pendirian remaja ini ialah dengan mendampingi dan cuba memahami jiwa mereka bukannya melontarkan kemarahan dari jauh kerana kesannya, remaja akan semakin membenci golongan yang lebih berusia daripada mereka.Katanya dengan memasuki kelompok remaja ini, setiap permasalahan serta gelodak yang di hadapi mereka akan lebih difahami dan dikenalpasti sebabnya.”Jangan sekali-kali menghakimi mereka atas perbuatan yang dilakukan tetapi cubalah menjadi seorang pendengar yang baik kerana dengan cara ini remaja akan lebih selesa berada di samping orang yang bukan seusia dengan mereka.”Secara tidak langsung mereka lebih memnghormati kehadiran orang dewasa atau ibu bapa di samping mereka dan setiap nasihat serta teguran lebih di terima dengan mudah.”Apabila bergaul bersama golongan remaja, bermakna kita telah meletakkan diri setaraf dengan mereka, jadi setiap kelakuan kita seperti satu contoh yang boleh diikuti dan dijadikan teladan oleh mereka,” katanya.Tegasnya apa yang berlaku sekarang ialah kebanyakan daripada orang dewasa menegur dengan cara yang sombong setiap kelakuan remaja dan ia memberi kesan negatif dan mereka semakin hilang rasa hormat kepada golongan ini.Remaja ini sifatnya suka berkawan dan mempunyai nilai-nilai diri yang tersendiri. Apabila golongan dewasa menegur dengan cara yang keras, mereka rasa seperti tidak dihargai dan dihormati oleh masyarakat sekeliling.Salah satu sebab kenapa remaja melakukan perkara yang berlawanan dari kelaziman ialah kerana mereka meminta perhatian dan ingin diri dihormati oleh orang lain terutama golongan dewasa.”Jadi beri peluang kepada mereka untuk menunjukan kebolehan dan jangan sekali-kali memeprkecilkan kebolehan tersebut kerana mereka akan merasa rendah diri dan tidak berguna, ” tegasnya.Orang tua ada egonya tersendiri kerana mereka merasa diri lebih banuyak pengalaman daripada orang muda tetapi mereka perlu menyedari bahawa kadang-kadang pendapat orang muda lebi bernas dan boleh dipakai,” katanya.Oleh itu, katanya, anak-anak perlu diberi peluang untuk berbincang dalam menentukan keputusan yang dibuat dalam rumah tangga walaupun mereka belum dewasa.Apabila mereka rasa diri diperlukan, maka mereka akan rasa dihormati dan disayayngi dalam keluarga tersebut.Dengan memberi contoh ibu bapa yang mendidik anak dengan cara keras termasuk merotan, katanya, kesan psikologi yang ditinggalkan adalah mendalam kerana anak-anak yang didik dengan cara demikian tidak mesra dengan ibu bapa sendiri walaupun telah meningkat dewasa.”Mengenai masalah remaja ini, saya lebih banyak menyalahkan ibu bapa kerana kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka sibuk mengejar kemewahan yang bukannya keperluan utama, lainlah jika terpaksa bekerja keras untuk menyara hidup, itu boleh dimaafkan.,” katanya.Untuk memberi lebih perhatian kepada anak-anak, Nik Rahimn menekankan supaya ibu yang mempunyai keluarga berkemampuan tidak bekerja supaya mempunyai lebih masa bermesra dengan anak-anak.Masalah yang berlaku sekarang, katanya, remaja tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa lalu mencari perhatian di luar yang dapar diberi oleh rakan-rakan lain.

* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Bekas Penolong Profesor, Kulliyah Undang-undang UIA dan bekas Kolumnis Utusan Malaysia di dalam Ruangan Bicara Syariah.

Artikel ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 11/05/1998

Dr Nik Rahim Nik Wajis kini adalalah Pengarah Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (Perunding Kewangan & Perundangan Islam). Sila layari: www.syihab.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s