Islam dan disiplin ketenteraan

nik17.jpg

rencana

Islam dan disiplin ketenteraan

DI DALAM artikel saya yang lalu telah saya nyatakan betapa perlunya kita umat Islam menyiapkan diri di dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin akan melanda negara.Mempertahankan negara adalah tanggungjawab semua bukan hanya pihak angkatan tentera serta anggota keselamatan semata-mata. Setelah berpeluang mengikuti kursus bakal pegawai Askar Wataniah yang berlangsung selama dua minggu di Kem Rejimen 514 Askar Wataniah baru-baru ini, kami para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan serta swasta banyak belajar akan erti kehidupan sebagai seorang tentera. Perkara utama yang begitu dititikberatkan ialah tentang disiplin serta punctuality. Kami diajar dan dilatih selama dua minggu untuk bersedia sepuluh minit lebih awal dari masa yang ditetapkan.Mahu tidak mahu, tanpa banyak soal semua siap bersedia menerima arahan tanpa mengira jawatan yang disandang di luar sana. Jika terlewat buruk padahnya.Pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila salah seorang peserta terlewat di dalam satu perbarisan, seluruh peserta didenda dengan ‘jalan itik’. Perasaan marah menggelegak bila semua didenda akibat daripada kesilapan orang lain namun ini adalah satu latihan agar semua anggota mempunyai sikap bertanggungjawab serta ingat mengingati antara satu sama lain. Sesungguhnya ketepatan masa serta sikap bertolong bantu adalah merupakan sifat-sifat yang sememangnya selari dengan ajaran Islam. Di dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda:Tanda-tanda munafik itu ada tiga, apabila berkata dia berdusta, apabila berjanji dia mungkir dan bila diberi amanah dia khianat”.Kita seringkali berjanji, tetapi ramai daripada kalangan kita yang tidak begitu peka tentang tanggungjawab di dalam menunaikan janji tersebut. Aspek ketepatan masa sebenarnya begitu penting di dalam kehidupan kita khususnya di dalam tentera. Kerana sesaat terlewat kita mungkin binasa diserang oleh musuh. Sebab itulah segala perancangan dibuat sebegitu rupa agar segalanya berjalan mengikut masa yang ditentu dan dirancangkan. Islam juga amat mementingkan nilai masa. Allah s.w.t di dalam surah al-Asr bersumpah dengan masa.Masa juga diibaratkan umpama pedang yang tajam. Jika kita tidak memotong atau membunuh musuh kita maka nescaya musuh akan membunuh kita. Di dalam latihan tersebut kami juga didedahkan secara tidak langsung tentang time management. Di dalam peruntukan masa yang begitu singkat, segalanya perlu diselesaikan. Masa untuk dibuang dengan perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah tidak ada sama sekali. Penat lelah diketepikan kerana mengejar masa yang ditetapkan.Sungguh ajaib dirasakan apabila mampu melawan segala sifat suka bergantung kepada orang lain. Semuanya dilakukan sendiri tanpa mengira jawatan yang disandang.Daripada mengilat kasut sehinggalah kepada memikul beg seberat 30 kilogram ketika meredah hutan belantara di dalam salah satu latihan yang diadakan. Begitu juga membasuh pakaian serta menulis nota dan mengisi borang yang biasanya dilakukan oleh orang lain. Namun di sini tiada siapa lagi yang akan melakukan perkara itu kecuali para anggota itu sendiri. Jika di rumah kita sering kali melepaskan kerja mencuci dan membersihkan kawasan rumah kepada isteri dengan alasan letih dan penat kerana baru pulang dari kerja, namun di sini segalanya boleh dilakukan sendiri meskipun baru sahaja selesai daripada perjalanan melebihi 10 kilometer Sebagai kesimpulan ‘letih’ semasa di rumah lebih bersifat psikologi kerana semasa berada di kem, perasaan letih boleh diatasi tanpa sebarang masalah.Espirit de Corp atau semangat setia kawan juga di antara perkara penting yang amat dititikberatkan. Suatu yang amat menarik untuk disebutkan di sini bahawa di antara para peserta yang turut mengikuti latihan ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, pegawai-pegawai daerah serta penolong-penolong mereka, pengarah-pengarah daripada jabatan kerajaan dan swasta, pensyarah dan berbagai lagi. Namun semangat setia kawan yang ditunjukkan amat menakjubkan. Segala pangkat dan kedudukan ‘disangkut’ di pintu pagar. Yang tinggal adalah jiwa seorang tentera sukarela yang masing-masing berusaha memantapkan diri dengan latihan fizikal serta ketahanan mental di dalam persiapan diri bagi mempertahankan negara tercinta. ”Rela Berkorban” adalah di antara slogan yang sentiasa dapat dilihat di mana-mana. Sebagai kesimpulannya, latihan seperti ini adalah latihan yang paling berharga sepanjang hidup semua peserta. Lantaran itu, marilah kita sama-sama membuktikan kasih dan sayang terhadap negara tercinta dengan melibatkan diri dengan angkatan sukarela khususnya Askar Wataniah. Saya pasti latihan seperti ini akan menjadikan diri anda sebagai insan yang lebih berdisiplin, mantap fizikal dan mental serta rela berkorban demi agama, bangsa dan tanah air.

* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Bekas Penolong Profesor, Kulliyah Undang-undang UIA dan bekas Kolumnis Utusan Malaysia di dalam Ruangan Bicara Syariah.

Artikel ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 17/06/1998

Dr Nik Rahim Nik Wajis kini adalalah Pengarah Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (Perunding Kewangan & Perundangan Islam). Sila layari: www.syihab.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s