Islam dan tanggungjawab keselamatan negara

nik18.jpg

rencana

Islam dan tanggungjawab keselamatan negara

SEMASA kecil, saya sememangnya mempunyai minat yang cukup mendalam di dalam angkatan tentera. Mungkin kerana secara kebetulan kampung saya di tahun 70-an dikira sebagai kawasan ‘hitam’ kerana terdapat pengganas komunis bersembunyi di sana, maka pasukan beruniform sentiasa berlegar-legar di kampung saya.Namun oleh kerana saya mengambil bidang pengajian yang berbeza, maka minat untuk menceburi angkatan tentera tidak kesampaian dan terkubur begitu sahaja.Baru-baru ini saya berpeluang untuk mendaftarkan diri di dalam askar wataniah. Saya merasa begitu bangga dan terharu kerana cita-cita saya sejak kecil untuk menyarung seragam tentera dimakbulkan Tuhan.Namun bila saya memasuki askar wataniah, ia bukan lagi kerana minat, bukan juga kerana uniformnya yang hebat, tetapi lebih daripada itu. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah lahir daripada kesedaran tentang peri pentingnya kita sebagai umat Islam menyediakan diri demi menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh.Sebagai umat Islam kita seharusnya sentiasa sedar akan peringatan Allah s.w.t. di dalam al-Quran: ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) tidak akan reda kepada kamu selagi mana kamu tidak mengikuti agama mereka.” ( Al-Baqarah: 120 ).Ayat ini dengan jelas menggambarkan bahawa orang Yahudi dan Nasrani akan selama-lamanya memusuhi umat Islam tidak kira di mana jua mereka berada. Lantaran itu janganlah kita terus lena dibuai mimpi indah dengan menganggap bahawa negara kita akan terus aman dan bebas daripada ancaman musuh.Langit tidak selamanya cerah, hujan dan guruh serta petir, lambat laun akan datang jua. Jadi sebelum apa yang buruk berlaku, kita seharusnya bersedia seperti kata pepatah ‘sediakan payung sebelum hujan’.Membuat persediaan dan sentiasa di dalam keadaan berjaga-jaga adalah suatu yang dituntut di dalam Islam. Di dalam al-Quran Allah berfirman: ”Sediakanlah bagi mereka (musuh-musuh) mengikut kemampuan kamu daripada kekuatan dan pasukan berkuda yang menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu.” ( Al-Anfal: 60 ).Ayat ini merupakan suatu perintah daripada Allah kepada umat Islam agar terus berusaha di dalam menyiapkan diri mereka dengan segala bentuk kekuatan bagi menghadapi musuh-musuh Islam. Tentera berkuda sememangnya tidak wujud lagi di zaman yang serba canggih ini.Namun ayat ini terus boleh diamalkan dengan menggunakan kaedah qiyas iaitu segala jenis kelengkapan perang seperti kereta kebal, jet pejuang, peluru berpandu dan sebagainya.Sememangnya, peperangan di zaman moden kini tidak lagi tertumpu kepada penggunaan senjata bahkan lebih kepada peperangan di dalam bentuk teknologi maklumat, namun tidak mustahil ia akan kembali kepada cara peperangan konvensional menggunakan senjata seperti di Bosnia, Afghanistan, Palestin dan negara-negara lain.Jika ini yang berlaku, apakah kita bersedia untuk menghadapinya? Adakah kita hanya menyerahkan tugas mempertahankan negara kepada angkatan tentera semata-mata? Apakah kita hanya menunggu dan melihat serta menanti saat kita diserang dan dimusnahkan musuh?Sebenarnya kesedaran kita tentang keselamatan amat kurang. Kita sering leka dengan kemewahan dan keselesaan sehingga lupa untuk meluangkan masa untuk berfikir tentang nasib negara kita apabila diserang oleh musuh.Kita perlu bertanya kepada diri kita, apakah kita kasih dan sayang kepada negara kita? Jika jawapannya ‘ya’ maka apakah yang mampu kita lakukan jika negara kita diserang oleh musuh? Sebenarnya tidak banyak yang boleh kita lakukan kecuali mereka yang terlibat secara langsung di dalam angkatan bersenjata seperti angkatan tentera dan polis dan mereka yang mendapat pendedahan di dalam pasukan sukarela seperti wataniah dan lain-lain lagi.Pada pendapat saya, jika kita berkata bahawa kita kasihkan negara tetapi kita tidak berusaha membuktikannya, maka kita sebenarnya bukan kasihkan negara kita. Cara kita membuktikan kasih itu ialah dengan menyertai pasukan sukarela agar kita mendapat pendedahan bagaimana menggunakan senjata, taktik peperangan, hidup berdisiplin dan lain-lain.Ini kerana keselamatan negara tidak dapat dipisahkan daripada angkatan bersenjata seperti tentera dan polis. Tanpa mereka, kejayaan, kemakmuran, keamanan yang kita kecapi sekarang tidak mungkin menjadi kenyataan.Lantaran itu, angkatan bersenjata serta mereka yang memasuki pasukan sukarela perlu diberi layanan istimewa oleh pihak kerajaan – setidak-tidaknya setanding dengan lain-lain jawatan di dalam kerajaan.Tugas angkatan tentera dan polis adalah yang amat mencabar. Mereka umpama lilin yang membakar diri demi kesejahteraan orang lain. Apa yang mereka lakukan adalah satu jihad besar demi keharmonian negara. Namun sebagai pasukan beruniform, mereka perlu sedar bahawa mereka adalah golongan minoriti di dalam masyarakat.* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Bekas Penolong Profesor, Kulliyah Undang-undang UIA dan bekas Kolumnis Utusan Malaysia di dalam Ruangan Bicara Syariah.Artikel ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 03/06/1998Dr Nik Rahim Nik Wajis kini adalalah Pengarah Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (Perunding Kewangan & Perundangan Islam). Sila layari: www.syihab.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s