PENDIDIKAN ANAK-ANAK DI DALAM ISLAM

nik.jpg

rencana

Pendidikan anak-anak dalam Islam

KITA seringkali mendengar berita mengenai penglibatan remaja di dalam aktiviti yang tidak bermoral seperti pengambilan najis dadah, perhubungan sex bebas, gejala lepak, bohsia dan bohjan dan lain-lain lagi.Kita mungkin pernah mengeluh bersendirian atau mungkin juga pernah membincangkan perkara ini dengan rakan sepejabat, jiran tetangga, kaum keluarga bahkan di dalam seminar-seminar yang besar mahupun yang kecil. Perbincangan bertujuan mencari jalan penyelesaian.Ibu bapa merintih kesedihan apabila mendengar anak mereka ditahan polis atau oleh badan pencegah maksiat. Hati mereka sebak menahan kesedihan apatah lagi jika anak yang mereka didik sejak kecil, menjadi manusia yang tidak pernah diimpikan. Pendidikan merupakan suatu yang amat penting di dalam mencerna kehidupan seorang anak. Namun ianya tidak lebih daripada suatu ikhtiar dari kita yang bergelar manusia untuk melihat anak-anak menjadi anak yang soleh dan sanggup berbakti kepada orang tuanya.Namun tidak ada suatu jaminan bahawa anak yang di didik dengan didikan yang sempurna, diajar mengerjakan solat, berakhlak dengan akhlak yang mulia, menghormati ibu bapa, menjauhi perkara-perkara yang diharamkan seperti perzinaan, mengambil dadah dan sebagainya, akan mengerjakan segala tuntutan agama yang diterima apabila mereka dewasa nanti.Sebagai ibu bapa mungkin hanya mampu berharap agar segala ajaran yang disampaikan ampu untuk menjadikan anak-anak sentiasa berwaspada di atas segala tindak tanduknya. Kesan kekuatan pendidikan yang dicurahkan akan menjadi bekal kepada anak-anak di ketika ini. Namun kesan atau hasil pendidikan ibu bapa terhadap anak-anak mereka bergantung kepada sejauhmana ibu bapa mampu untuk menanamkan sifat yang baik di dalam diri anak-anak sehingga ianya mampu bertahan lebih lama.Proses pendidikan anak-anak di dalam Islam sebenarnya bermula di dalam proses pemilihan bakal calon isteri atau suami. Ini kerana dua komponen inilah yang nanti akan mencorak peribadi dan tingkah laku anak-anak. Di dalam sebuah hadith Rasulullah bersabda:”Setiap anak itu dilahirkan di dalam keadaan yang suci (fitrah). Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”.Memilih isteri atau suami tidak beriman dan berakhlak buruk umpama menanam benih yang busuk tetapi mengharapkan buah yang baik dan bermutu tinggi. Ianya amat sukar untuk diperolehi. Lantaran itu Islam amat menitikberatkan soal mencari jodoh kerana ia merupakan jalan ke arah pembinaan masyarakat madani yang diharapkan.Proses pendidikan anak-anak masih belum sempurna dengan pemilihan suami/isteri yang mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh agama seperti ketaqwaan dan sebagainya. Apabila si isteri hamil, proses pendidikan terus berjalan. Ibu-ibu yang menjaga makan minumnya dari yang haram, memperbanyakkan ibadat, menjauhi dosa dan perkara-perkara yang tidak berfaedah secara tidak langsung telah mendidik anak yang dikandungnya.Apabila seseorang bayi lahir ke dunia, mereka di azan dan qamatkan. Dari hari pertama mereka menjejakkan kaki ke dunia mereka telah pun diperdengarkan dengan kebesaran Allah dengan harapan bahawa akan kekal di dalam hati si anak apabila dewasa.Anak yang lahir pastinya akan melalui proses pembesaran dan di dalam proses ini seorang anak itu akan melihat dan belajar dari ibu bapanya. Mereka akan meniru apa sahaja yang dilakukan serta diperkatakan oleh ibu bapa mereka.Jangan hairan jika kanak-kanak yang baru belajar bercakap, sudah pandai memaki hamun. Ia sebagai ‘sample’ produk yang dilahirkan oleh kedua ibu bapanya.

Jika kita melihat remaja kita terpesong dan terlibat dengan gejala dadah, bohsia dan bohjan, ambillah cermin, lihat diri kita sebagai ibu bapa dan tanyalah sejauh mana kita telah menjalankan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan oleh Tuhan.

* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Bekas Penolong Profesor, Kulliyah Undang-undang UIA dan bekas Kolumnis Utusan Malaysia di dalam Ruangan Bicara Syariah.

Artikel ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 14/08/1998

Dr Nik Rahim Nik Wajis kini adalalah Pengarah Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (Perunding Kewangan & Perundangan Islam). Sila layari: www.syihab.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s