Wajarkah ujian pengklonan manusia diharam?

nik112.jpg

rencana

Wajarkah ujian pengklonan manusia diharam?

BARU-BARU ini dunia dikejutkan dengan hasil kajian pakar Sains dari Scotland, iaitu Dr. Ian Wilmut apabila beliau berjaya mengklonkan seekor biri-biri yang bergelar ”Dolly”. Ini dikira suatu penemuan baru di dalam bidang biologi. Bertolak dari situ, ramai saintis berkeyakinan bahawa pada tahun 2004 iaitu kira-kira enam tahun dari sekarang, seorang bayi akan dilahirkan melalui kaedah pengklonan ini. Presiden Amerika, Bill Clinton, awal-awal lagi dengan tegas menentang segala bentuk ujian pengklonan manusia di jalankan di negaranya.Begitu juga di negara kita, pengklonan manusia pada dasarnya tidak dipersetujui kerana dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai masalah di dalam masyarakat. Seorang ulama Al-Azhar, iaitu Abdul Mu’ti Bayyoumi juga berpendapat bahawa segala bentuk kajian pengklonan manusia adalah dilarang di dalam Islam dan ianya harus dihentikan.Jika dilihat dari sudut kemungkinan akan lahirnya manusia daripada kaedah kloning ini, kita mungkin berpendapat, bahawa ia bukanlah suatu yang mustahil kerana dengan kecanggihan teknologi serta peralatan sains yang begitu hebat, suatu yang tidak pernah diduga oleh kita mungkin akan terjadi sama seperti lahirnya ”Dolly” dengan kaedah yang sama tanpa melalui kaedah persenyawaan biasa. Ini adalah suatu yang luar biasa, namun kini ia terbukti boleh dilakukan.Sebagai Muslim, kita tentunya berkeyakinan bahawa semuanya berlaku adalah di atas kehendak Allah semata-mata. Begitu juga dengan kaedah kloning manusia ia mustahil berlaku kecuali Allah telah mengizinkannya berlaku. Berdasarkan kepada kaedah kelahiran ”Dolly”, kini persetubuhan atau pencantuman antara benih lelaki dan wanita bukan lagi merupakan satu-satunya jalan bagi kelahiran seseorang manusia. Jika pengklonan manusia berhasil, ia pasti akan menjadi salah satu cara bagi menghasilkan anak bagi pasangan suami isteri gagal melahirkan anak dengan kaedah biasa.Persoalannya, adakah salah dari sudut hukum, jika sepasang suami isteri yang gagal untuk mendapatkan anak kerana mandul atau kerana penyakit-penyakit tertentu menggunakan kaedah ini bagi mendapatkan anak?Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada kaedah asal di dalam Islam. Menurut kaedah, ”setiap perkara itu adalah harus, kecuali ada nas yang sahih (jelas) mengharamkannya.” Di dalam konteks pengklonan ini, sudah tentu tidak ada nas sama ada daripada al-Quran atau hadis kerana ia suatu yang tidak pernah wujud di zaman Rasulullah dan juga para sahabat. Jika tiada nas, maka pada dasarnya ia harus dilakukan dengan syarat bahawa ianya tidak membawa kemudaratan sama ada kepada manusia, masyarakat dan juga negara.Bayangkan jika sepuluh bayi yang dilahirkan daripada sel yang sama, mempunyai personaliti yang sama, rupa yang sama, dan mungkin mempunyai cap jari yang sama meskipun belum ada kepastian tentang perkara ini, ia pasti akan membawa masalah yang besar di dalam masyarakat dan akan berlakulah kekeliruan di dalam perkahwinan, isteri tidak kenal suaminya, suami tidak tahu siapakah isterinya yang sebenar. Ini akan mendedahkan mereka kepada perzinaan dan sebagainya.Banyak lagi keburukkan yang akan timbul hasil daripada pengkolonan yang tidak terkawal. Kaedah seperti ini sudah tentu membawa keburukan dan kehancuran masyarakat dan negara. Namun jika kaedah ini diberi kawalan rapi oleh pihak kerajaan dan hanya mereka berkelayakan sahaja dibenarkan melakukannya, maka perkara-perkara negatif yang disebutkan tadi dapat dielakkan.Pihak kerajaan mungkin hanya boleh membenarkan kaedah ini digunakan oleh mereka yang tidak mampu untuk melahirkan anak dan segala usaha-usaha lain telahpun dicuba termasuk kaedah tabung uji.Selain daripada itu, sel-sel yang digunakan di dalam kaedah ini mestilah dari sel ibu bapa sama seperti kaedah tabung uji di mana benih bapa dicantumkan dengan benih ibu. Sel-sel tidak boleh diambil dari mereka yang tidak berkahwin. Ini kerana apabila anak dilahirkan ia perlu ada nasab dan ini melibatkan kepada pembahagian harta pusaka dan sebagainya. Contohnya, jika sel bapa dicantumkan dengan sel ibu dan seterusnya menghasilkan embrio dan akhirnya disuntik ke dalam rahim ibu, maka anak yang bakal dilahirkan nanti masih boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapanya. Ini bererti anak itu sama keadaannya dengan bayi yang dilahirkan dengan kaedah biasa.Persetubuhan memang merupakan kaedah biasa di dalam melahirkan bayi, tetapi jika kaedah klon juga boleh melahirkan bayi maka kita seharusnya menerimanya sebagai suatu cara yang baru di dalam kelahiran umat manusia. Di dalam ilmu feqah ia disebut sebagai feqh iftiradhi atau feqh andaian kerana perkara ini belum lagi menjadi kenyataan. Saya kira tidak ada sebab kenapa kita harus menolak atau melarang kajian atau ekperimen pengklonan manusia ini.

* Dr. Nik Rahim Nik Wajis ialah Bekas Penolong Profesor, Kulliyah Undang-undang UIA dan bekas Kolumnis Utusan Malaysia di dalam Ruangan Bicara Syariah.

Artikel ini telah disiarkan oleh Utusan Malaysia pada22/04/1998

Dr Nik Rahim Nik Wajis kini adalalah Pengarah Urusan, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd (Perunding Kewangan & Perundangan Islam).  

3 thoughts on “Wajarkah ujian pengklonan manusia diharam?

  1. http://andcarinsurancequotes.com says:

    Its such as you learn my mind! You appear to understand so much approximately this, like you wrote the book in it or something. I think that you just could do with a few percent to pressure the message home a little bit, however instead of that, that is fantastic blog. A great read. I will definitely be back.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s