Jenayah: Adakah ada jalan penyelesaiannya?

Assalamualaikum wr. wb

Persoalan jenayah memang menjadi duri dalam daging bagi kehidupan manusia. Apa tidaknya, dek kerana beberapa kerat manusia yang hilang pertimbangan kewarasan akal, maka kesannya dirasai oleh seluruh masyarakat. Penjenayah meskipun jumlahnya tidak begitu besar, namum impaknya amat dahsyat. Apa tidaknya, jika hanya se orang pembunuh bersiri atau perogol bersiri mula bergiat aktif di dalam satu-satu kawasan, maka akan ketakutanlah seluruh masyarakat. Ibu bapa mula berhati-hati untuk membiarkan anak-anak mereka keluar rumah secara bersendirian. Pihak berkuasa pula mula meningkatkan kawalan dan operasi menjejak penjenayah tersebut. Lihat saja kes adik Syarlinie yang sehingga kini masih belum diketahui  nasibnya, kesannya sehingga kini dapat dirasa. Meskipun kes tersebut semakin dilupakan, namun tidak dapat dinafikan ianya tetap kekal dalam memori kedua ibu bapa adik Syarlinie sehingga ke akhir hayat.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membenteras jenayah. Namun sehingga kini tidak ada bukti kukuh yang menggambarkan kejayaan tersebut. Adalah musthil untuk membenteras jenayah secata total. Apa yang boleh dilakukan adalah mengurangkan kadar jenayah dari terus meningkat. Justeru fokus kita adalah untuk mencari kaedah bagaimana mengurangkan kadar jenayah tersebut. Tidak ada faedahnya berusaha melakukan suatu yang mustahil dicapai.

Terdapat ahli kriminologi Barat yang berpendapat bahawa jenayah adalah suatu yang diwarisi. “Natural born killer” adalah diantara istilah yang kerap digunakan bagi menggambarkan pandangan mereka. Secara umum, ianya satu pandangan yang munasabah dan masuk akal. Ini terbukti dengan wujudnya golongan yang terdiri dari satu keluarga yang terlibat secara turun temurun dalam kegiatan jenayah yang menampakkan seolah-olah mereka ini sememangnya dari keturunan penjenayah. Dalam erti kata lain; mereka sememangnya dilahirkan sebagai penjenayah.

Namun jika diteliti dengan lebih  mendalam, maka kita dapati bahawq dakwaan bahawa manusia dilahirkan sebagai penjenayah adalah tidak tepat sama sekali. Ini kerana, sifat dan tingkah laku adalah suatu yang boleh dipelajari. Se orang yang mempunyai ibu bapa yang jahat tidak semestinya menjadikan anak-anak mereka jahat. Begitu juga ibu bapa yang baik tidak semestinya melahirkan anak-anak yang baik. Baik atau jahat seseorang anak adalah hasil dari cara bagaimana mereka itu dibesarkan. Jika baik suasana di tempat berlakunya pembesaran itu, maka besar kemungkinan anak itu akan menjadi anak yang baik meskipun ibu bapanya merupakah penjenayah yang besar. Begitu juga se orang anak yang dididik dalam suasana yang jahat, besar kemungkinan akan menjadi manusia yang jahat meskipun ibu bapanya se orang yang baik dan soleh.

Meletakkan generasi terdahulu atau pertalian darah sebagai sebab berlakunya jenayah adalah menafikan hak untuk membuat pemilihan dan sekaligus menafikan kebijaksanaan akal yang dicipta Tuhan. Apa perlunya aqal diberi, wahyu diturunkan kepada manusia jika manusia sememangnya sudah ditakdirkan jahat dan tidak boleh diubah?

Justeru dapatlah disimpulkan bahawa yang menentukan baik buruk manusia bukanlah keturunannya, bahkan dirinya sendiri. Tepuk dada tanyalah iman.

Bersambung ke bahagian 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s