Ayuh Kita Berhijrah..

Salam sahabat semua yang dikasihi. Moga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat dan maghfirah dari Allah s.w.t.

Kita kini sedang berada di penghujung bulan Zulhijjah 1431 hijriah. Ini bermakna, tidak lama lagi kita akan menyambut maal hijrah tahun yang ke 1432hijriah. Sungguh cepat masa berlalu. Pejam celik dah hampir setahun kita berada di dalam salah satu dari bulan haram (ashhur al hurum) iaitu bulan yang dilarang umat Islam melakukan peperangan dan pertumpahan darah bagi menghormati bulan-bulan mulia tersebut.

Setahun berlalu. Jika dihitung satu tahun adalah satu tempoh yang agak panjang. Dalam tempoh itu berbagai peristiwa, pengalaman dan kejadian samada yang kita sukai atau kita benci berlaku kepada diri kita dan juga insan-insan di sekeliling kita. Ada yang baru berkenalan, ada yang bertunang, ada yang berkahwin, ada yang dikurniakan cahaya mata, ada yang meninggal dunia, ada yang dikurnia rezki yang melimpah ruah dan tidak kurang juga yang jadi papa kedana. Ada yang terus menikmati kesihatan dan tidak kurang ada sakit.Demikian putaran hidup manusia di atas muka bumi ini. Putaran hidup manusia berlegar dalam ruang lingkup masa yang dicipta Allah melalui satu bentuk peredaran. Peredaran  dari saat ke minit, minit ke jam, jam  ke hari, hari ke minggu, minggu ke bulan, bulan ke tahun. Demikianlah seterusnya.

Hidup kita tak  sentiasa bahagia dan manis. Kadanga kita terpaksa berhadapan dengan kepayahan dan keperitan. Kebahagiaan juga kadangkala tidak kekal. Ada pasang surutnya. Iman juga kadangkala ada turun naiknya.

Kehadiran tahun baru adalah satu kaedah bagaimana Allah mendidik manusia agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap apa yang dilakukannya. Ini kerana bila tiba masanya, kita semua akan pergi meninggalkan dunia yang fana’ ini.

Hadirnya tahun baru bererti usia kita telah meningkat setahun lagi. Putaran dan pergantian masa dari tahun ke tahun bukan suatu yang dicipta oleh Allah dengan sia-sia. Begitu juga manusia. Dicipta oleh Allah ada matlamatnya yang tersendiri.

Di dalam Al- Quran Allah berfirman yang bermaksud:

”Tidak aku jadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadat kepadaKu (Allah)”

Ayat di atas mengingatkan kita tentang tanggungjawab yang seharusnya  kita tunaikan sebagai se orang hamba sepanjang setahun yang lalu. Kedatangan tahun baru perlu dijadikan noktah penting untuk kita bermuhasabah diri dan  melihat serta menilai amalan kita. Jika sepanjang tahun yang bakal berlalu ini telah kita penuhi dengan amal-amal ketaatan maka kita seharusnya bersyukur kepada Allah di atas segala kurniaan Allah ini kerana itu adalah sebagai petanda kasih dan sayang Allah pada kita. Namun jika keadaan sebaliknya, maka kedatangan tahun baru kali ini perlu dijadikan sebagai noktah penting untuk kita ‘berhijrah’.   Berhijrah bukan dari sudut fizikal seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat sejak lebih 1400 yang lalu. Namun hijrah dalam konteks merobah kecacatan dan kekurangan kepada kesempurnaan. Merobah kemungkaran kepada maaruf. Merobah sifat-keji seperti hasad dengki, tamak haloba, takabur, sombong, bongkak, ria’ dan sebagainya kepada sifat-sifat mahmudah atau terpuji seperti kasih sayang, tawadhu’, ikhlas, jujur, amanah, qanaah atau berpuas hati dengan segala kurniaan Allah dan lain-lain sifat mahmudah.

Inilah hijrah yang dituntut setiap kali tibanya tahun baru.

Umat Islam harus menjadikan kedatanngan awal hijrah ini sebagai pembakar semangat untuk maju dan bangkit dari segala bentuk kelemahan samada dari sudut aqidah, akhlak, ibadat, ekonomi, pentadbiran dan lain-lain. Jangan jadikan kesilapan lalu sebagai ‘api dalam sekam’ yang membakar jati diri dan akhirnya melenyapkan segala benih-benih  baik yang sepatutnya tumbuh subur dalam diri kita. Nabi s.a.w bersabda ‘umat Islam tiadak mungkin akan jatuh dalam lubang yang sama lebih dari satu kali’. Justeru segala kesilapan haruslah diperbaiki. Segala kelemahan perlu diubah agar menjadi kuat dan mantap.

Umat Islam harus menjadikan kesilapan lampau sebagai satu pengajaran berguna untuk bangkit semula dan membina kembali kegimalangan yang pernah di capai suatu ketika dahulu. Jika umat Islam pernah suatu ketika dahulu memerintah 2/3 dunia, maka ini tidak mustahil untuk diulangi dengan syarat umat Islam sedia untuk ‘berhijrah’ mempelajari kesilapan dan memperbaikinya. Jika segala kesilapan diperbetuli, kelemahan diperbaiki, segala unsur-unsur kekuatan dari berbagai sudut  dimiliki, pasti kegemilangan Islam dan umatnya  akan dikecapi.

Salam maal hijrah dari sahabatmu

Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis

Gombak

19Zulhijjah 1431h

26 Nov 2010

Jom join facebook saya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s