Tentang Ustaz

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Terima kasih kerana singgah di blog drnikrahim. Sedikit tentang diri saya. Nama penuh yang diberikan oleh keluarga saya ialah Nik Rahim bin Nik Wajis. Tapi nama yang dipanggil keluarga – Syihab yang bermaksud bintang atau pun comet!   Dilahirkan pada 16 Oktober 1963. Umur baru 47 tahun. Sudah berkahwin alhamdulillah dan anak baru sahaja 12 orang; 4 lelaki dan 8 perempuan dari isteri tercinta bernama Rahimah Mohamad yang dikahwini pada tahun 1996. Pada tahun 2007, Alhamdulilah Allah telah kurniakan se orang lagi isteri bernama Nor Hasiah Ibrahim dan kini kami bahagia dengan 2 orang cahayamata comel diberi nama Nik Noor Dina Qistina yang dilahirkan pada 1/2/2008 dan Nik Noor ‘Afini Qurratu A’yuni yang dilahirkan pada 10 Zulhijjah 143o H.

Berasal dari Kelantan (ayah bonda berasal dari Kelantan), tapi dilahir dan dibesarkan di Pahang sebab family berhijrah ke sana. Pendidikan pula, alhamdulillah berjaya sehingga ke Ph.D di dalam bidang Undang-Undang Jenayah Islam. Saya buat Ph.D di Glasgow Caledonian University, Scotland dan tamat dalam usia 33 tahun pada tahun 1996. Ijazah pertama saya pula diperolehi dari Universiti Al Azhar Mesir pada tahun 1990.
Pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 1990 – 1999 dan terpaksa meninggalkan UIAM kerana berhijrah ke Brunei Darussalam sebagai pensyarah bagi tempoh 1999-2005.
Bila kontrak dengan Universiti Brunei Darussalam tamat pada tahun 2005, saya membuat keputusan untuk terjun ke dalam bidang perniagaan dan setup syarikat sendiri dengan nama SYIHAB EXCELLENCE AGENCY SDN BHD (SYIHAB). SYIHAB pada asasnya menumpukan perniagaan di dalam bidang Perunding Kewangan dan Perundangan Islam. Produk yang ditawarkan termasuk Takaful, Unit Trust, Penulisan wasiat (Syihab adalah Agen Korporat Amanah Raya Berhad).

Kini saya mendambakan diri dalam bidang dakwah dan penyebaran serta  perkongsian sedikit sebanyak ilmu pengentahuan kurniaan Allah dengan masyarakat. Jika pembaca perlukan tenaga pengajar dalam bidang2 berkaitan syariah, sila hubungi saya di talian 013 6410135. Jangan risau! perkhidmatan yang saya berikan adalah PERCUMA! Saya mencari redha Allah di samping menunaikan tanggungjawab dan amanah kepada Allah dalam penyebaran ilmu2 Islam.

Wassalam
Ikhlas dari saya
Ustaz Dr Nik Rahim Nik Wajis
last updated: 13 Zulhijjah 1431H/ 19 Nov 2010.

18 thoughts on “Tentang Ustaz

  1. ziana says:

    Salam
    Tahniah on having two new family members (a wife and a new born baby girl). I tengok you dalam TV1 rancangan Ramadanku Kali Ini last night.
    I thought you did great as a host. Keep up the good work and all the best in the things you do.

  2. drnik says:

    Salam Sis for watching my program and for your support. I wish you all the best with your new life as a wife. May Allah bless you all.
    Wassalam
    Nik

  3. zue says:

    Askom..abi
    good luck for ur journey.
    anyway..lama x contact abi..
    hope always bahgia..and sukses selalu..

  4. drnik says:

    salam zue…t kasih krn masih ingat abi…so now zue kerja kat mana? or wat biz? n thanks 4 everything. Jasamu tetap dikenang!
    Abi
    p/s: salam tuk kengkawan kita Azmi, syuk, kak nani dll

  5. zue says:

    wkslm thanks abi..insyaallah..abi sentiasa dalam ingatan..mesti cantik anak abi yang baru kita org kat c ni menumpang gembira sekali..
    by d way..zue x keja lagi..n masih mencr..sambil tue buat insurance..mmg msh d teruskan jugak..

  6. drnik says:

    zue Says:
    October 20, 2008 at 2:28 am e

    wkslm thanks abi..insyaallah..abi sentiasa dalam ingatan..mesti cantik anak abi yang baru kita org kat c ni menumpang gembira sekali..
    by d way..zue x keja lagi..n masih mencr..sambil tue buat insurance..mmg msh d teruskan jugak..

    ————-
    Salam Zue,
    Syukur di atas segala kurniaan. Cantik bukan ukuran. Yang Menjadi penilaian Allah ialah ketaqwaan kita kepadanya. Moga Zue diber kejayaan oleh Allah dunia dan akhirat.
    Ameen.
    Abi

  7. Querida JMQ says:

    Assalamualaikum.

    Tahniah & selamat maju jaya🙂

  8. jomokb says:

    syukur…dapat juga jumpa dr malam tadi di majlis daerah kota belud, rasanya banyak juga nak tanya hal-hal ktm/dina tapi masa tak mengizinkan..

  9. nish says:

    assalamualaikum ya Ustaz…nak minta tolon ngn ustaz mengenai dengan forex.. apa dia forex dan bagaimana cara perniagaannya? boleykah kita join forex..? i hope ustaz dapat membantu dengan penerangan yg lebih jelas lg..May Allah bless u..:)

  10. Dr Nik Rahim says:

    Salam sis,
    Forex secara umum adalah satu bentuk perniagaan mata wang asing. Secara ringkasnya keuntungan yang diperolehi adalah berdasarkan kepada perbezaan nilai satu-satu matawang ketika ianya diurusniagakan. Para ulama’ mengahruskan perniagaan dalam bentuk ini sekiranya tidak melibatkan riba. Sebagai contoh kebanyakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan perniagaan forex mengenakan charge jika sekiranya satu-satu transaksi itu tidak dilaksanakan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
    Wassalam

  11. zue says:

    salam…abi…blh x bg no hp umair dh lama x contact n dgr kabar dr umair…ermmm…betol ke umairah dh bertunang??

  12. eisma says:

    salam…tumpang lalu,minx doakan 4 sucess in spm…

  13. Liza says:

    Salam Dr. Nik,

    Masih lagi berminat tk untuk kembali pada bidang akademik sebagai pensyarah sambilan?

    Thanks!

  14. zurairah says:

    salam dr..ingat lagi dgn sy tak?sy nak tanya sikit pendapat dr..masa ni sy sedang tulis penyelesaian jarimah kalangan belia menurut sudut fiqh..setakat ni sy dah dapat penyelesaiannya dari sudut f.jenayah dan f.ibadat..jadi sy nk tanya dr. bagaimana fiqh2 lain selain ibadat n jenayah dpt menyelesaikan jenayah i.e: mencuri, dadah dan zina? f.munakahat boleh elak zina melalui pernikahan, bagaimana dengan dadah dan mencuri? syukran dr..

    • Ustaz Dr Nik says:

      Salam Zurairah..
      so sorry sebab ambil masa yg lama utk reply.
      Yes…nama yg amat familiar..:o)
      Hukum Allah adalah jalan penyelesaian yg terbaik. Tidak ada cara yg lebih baik dari cara yg diwahyukan oleh Allah. cara2 lain walaupun beraya, ianya hanyalah sementara. Bila kita sebut ttg jenayah, apa yg dpt kita gambarkan ialah hukuman – hudud, qisas, ta’zir dan sebagainya. Tetapi pada hakikatnya, hukuman dtg sebagai langkah terakhir dlm penyelesaian masalah jenayah. Selama 13 tahun Nabi berjuang memperbetulkan aqidah dan keimanan umat jahiliah di Mekah. Pada masa itu tiada undang2 jenayah dilaksanakan bahkan tidak banyak kewajiban yg difardhukan. Ini adalah gambaran yg jelas bahawa pemantapan aqidah dan keimanan adalah kaedah paling berkesan mengawal jenayah. Bila keimanan sudah kuat dan mantap, undang-undang sudah tidak diperlukan lagi sebagai satu kaedah utama. namun ianya tetap penting sebagai kaedah terakhir bagi mereka yang hatinya sudah gelap pekat dengan kekufuran dan maksiat. wallahu a’lam bissawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s