MY CV

CURRICULUM VITAE

Name: Nik Rahim bin Nik Wajis
Date of Birth: 16 th October 1963
Age: 47
Status: Married with 12 children
Name of Wives:
1) Rahimah Mohamad 2) Nor Hasiah Ibrahim
Academic Qualifications
B.A. (Hons) Syariah, Al-Azhar University, Cairo, Egypt – 1990
Ph.D (Islamic Criminal Law) Glasgow Caledonian University, Scotland, UK – 1996
Work Experiences
Assistant Lecturer, Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia – 1990- 1991
Assistant Professor, Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia – 1996- 1998
Director, Food and Services, International Islamic University Malaysia – 1998- 1999
Lecturer, Department of Syari’ah, University of Brunei Darussalam- 1999 until July 2005.
Executive Chairmanr, Syihab Excellence Agency Sdn Bhd – 2005 until present

Executive Chairman, Dirasat Consultant Sdn Bhd – 2005 until present.

Publications


Women and Rape – co-author – IIU Law Journal – 2000
Pembuktian Kes Melalui Qarinah – Jurnal Undang-Undang Syariah Brunei Darussalam, Jilid 2, Bil 2, 2002
Analisis Undang-Undang Perkahwinan di Negara Brunei Darussalam- Jurnal Undang-Undang Syariah Brunei Darussalam, Jilid 3, Bil 4, 2003
E-Dagang Menurut Perspektif Islam – Prosiding Seminar Kebangsaan Fiqh Semasa – Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, September 2003
Awqaf: Brunei Experience – Proceedings – International Seminar on Awqaf Experiences in Brunei, Indonesia, Kuwait and Pakistan – Islamabad, Pakistan – December 2003.
Perlaksanaan Islam dan Cabarannya- Rampak Serantau – MABIMS – Dewan Bahasa Dan Pustaka, Brunei Darussalam – 2000
Peranan Wakaf di dalam Perkembangan Sosio-Ekonomi Umat Islam (Submitted and accepted for Presentation at Seminar on Laws, Organized by UUM at Mutiara Beach Resort, Penang on 25th September 2004.
Post Graduate Supervision
1- Mohd Saeed (Afghanistan) – Phd Thesis – Kulliyyah of Laws, IIUM
2- Termizi bin Ahmad – MCL – Kulliyyah of Laws – July 2004
Subjects Taught 1- Undang-Undang Jenayah Islam – Diploma in Islamic Law and Legal Practice Department of Syari’ah, University of Brunei Darussalam
2- Sistem Perundangan Islam – Diploma in Islamic Law and Legal Practice – Department of Syari’ah, University of Brunei Darussalam
3- Usul Al-Fiqh (Islam Jurisprudence)

Community Services

Active in Islamic Lectures (Ceramah) in various occasions. Appeared regularly in live programs at RTB including Al-Nur, Rampai Pagi and programmes for radio between 2003 – 2005.

Hobbies

Active in sports such as shooting, horse riding, swimming, badminton, bowling and other sports.

4 thoughts on “MY CV

  1. nish says:

    assalamualaikum ustaz…apa khbar? ana doakan ustazz bahagia selalu disamping family tersyg..btw..ana ada kemushkilan …apa hukum kita join forex? leh ustaz tolong xplain me sedetailnya..

    from ur xstudent ubd…

  2. bekas pelajar ubd says:

    Assalam Ustaz Nik, apa khabar biskita? saya kan bertanya tentang apakah erti atau istilah vitiligo itu? jika suami menghidapi penyakit ini, akan tetapi si isteri tidak mahu untuk ber fasakh. apa patut dilakukan oleh suami atau isteri?

    • drnik says:

      Salam ws_1412:
      Penyakit sopak atau vitiligo merupakan masalah pigmentasi di mana sel-sel yang menghasilkan pigmen (yang dipanggil melanosit) di kulit, membran mukosa (tisu-tisu yang meliputi bahagian dalam mulut atau hidung atau di kawasan-kawasan genital dan rektal) dan retina (lapisan dalam mata), dimusnahkan.

      Ini menghasilkan tompok-tompok putih di beberapa tempat di badan. Rerambut yang tumbuh di kawasan terbabit turut menjadi putih.

      Punca penyakit vitiligo ini tidak diketahui tetapi para doktor serta para penyelidik mempunyai beberapa teori tersendiri. Antaranya:

      – Penghasilan antibodi yang menyerang melanosit di badan pesakit sendiri

      – Kemusnahan melanosit dengan tersendiri

      – Ada kajian yang menunjukkan, sesetengah kejadian seperti sunburn atau tekanan emosi boleh menyebabkan timbulnya penyakit vitiligo.

      Epidemiologi

      – Anggaran satu hingga dua peratus penduduk dunia (40 hingga 50 juta orang) menghidapi vitiligo

      lSebanyak 95 peratus pesakit menghidapi vitiligo sebelum mencecah usia 40 tahun

      lVitiligo menyerang individu tanpa mengira kaum atau jantina

      lIndividu yang menghidapi penyakit autoimun (penyakit di mana sistem daya ketahanan seseorang individu bertindak ke atas tisu dan organnya sendiri) lebih berkecenderungan untuk mendapat masalah ini

      Contoh penyakit autoimun adalah seperti hipertiroidism (kelenjar tiroid yang terlalu aktif) dan anemia pernicious (kekurangan sel darah merah disebabkan oleh kegagalan penyerapan vitamin B12).

      – Vitiligo juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan walaupun ia tidak dapat dibuktikan.

      Apakah tanda-tanda vitiligo?

      Orang yang menghidapi vitiligo akan mula-mula menyedari kehadiran tompoktompok putih pada kulit.

      Tompok-tompok ini selalunya berlaku di kawasan-kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari seperti pada bahagian tangan, kaki, lengan, muka dan bibir. Ia juga boleh terjadi di ketiak, sekeliling mulut, mata, lubang hidung serta organ seks.

      Tiada siapa pun boleh meramalkan sama ada vitiligo seseorang itu akan merebak atau sebaliknya.

      Penyakit ini selalunya bersifat progresif di mana tompok-tompok putih ini boleh merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain setelah beberapa lama. Ada kalanya kadar merebak ini laju tetapi ada kalanya perlahan.

      Bagaimanakah caranya untuk merawat vitiligo?

      Matlamat utama rawatan adalah untuk mengembalikan fungsi kulit serta memperbaiki rupa seseorang individu itu. Rawatannya selalu mengambil masa yang lama, di antara enam hingga 18 bulan (sesetengah kes mungkin lebih lama) dan mungkin melibatkan rawatan perubatan, pembedahan atau terapi tambahan

      Rawatan medikal

      – Terapi sapuan steroid: Berguna jika steroid ini digunakan pada peringkat awal. Steroid ini selalunya disapu pada tompok-tompok putih selama tiga bulan sebelum dapat dilihat keberkesanannya

      – Fotokemoterapi psoralen (Psoralen serta penggunaan ultraviolet A): Terapi ini antara yang berkesan tetapi memakan masa serta mempunyai kesan sampingannya.

      Psoralen merupakan bahan kimia yang akan bertindak balas dengan lampu ultraviolet untuk menyebabkan penghitaman kulit. ia didatangkan dalam bentuk sapuan atau oral.

      i) Fotokemoterapi psoralen sapuan: Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah kurang dari 20 peratus tubuh badan.

      ii) Fotokemoterapi psoralen oral (makan): Digunakan untuk individu di mana depigmentasi adalah lebih dari 20 peratus anggota badan

      – Depigmentasi: Terapi ini melibatkan pemutihan bahagian badan yang normal supaya dapat menyamai kawasan tompoktompok putih.

      Selalunya digunakan untuk individu yang mempunyai vitiligo di lebih 50 peratus anggota badan. Bahan kimia seperti monobenzylether digunakan bagi tujuan ini.

      Rawatan pembedahan

      Masih di peringkat kajian tetapi mungkin melibatkan:

      – Graf kulit secara autologous: Proses ini melibatkan pemindahan kulit daripada bahagian anggota seseorang individu yang pigmentasinya normal kepada badannya sendiri yang mempunyai tompok-tompok putih

      – Graf kulit menggunakan blister: Bahagian atas blister yang dihasilkan di bahagian badan individu yang normal dipindahkan kepada bahagian depigmentasi individu yang sama

      – Pigmentasimikro: Pigmen diimplan atau ditanam ke dalam kawasan kulit menggunakan alat pembedahan khas

      – Pemindahan melanosit secara autologous: Masih di peringkat eksperimen dan melibatkan proses pertumbuhan melanosit di makmal dan memindahkan melanosit yang telah berganda ini ke bahagian badan yang tiada pigmen.

      Rawatan tambahan (adjunktif)

      – Penggunaan pelindung matahari (sunblock)

      – Kosmetik

      – Kaunseling: Membantu seseorang individu untuk menempuhi penyakit ini melalui sokongan moral serta kaunseling.

      Apakah kajian yang sedang dilakukan untuk penghidap vitiligo?

      Para doktor dan saintis sedang mengkaji vitiligo ini dengan meluas dan antaranya melibatkan kajian tentang pemindahan melanosit secara autologous serta mengenal pasti gen yang menyebabkan berlakunya penyakit ini.

      Soalan dijawab oleh Pakar Runding Perubatan, Dr. Zulkarnain A. Hamidy.

      Ihsan dari Utusan Malaysia Online.

      Bagi masalah fasakh pula, memang se orang isteri harus meminta fasakh atau membatalkan perkahwinannya dengan suaminya kerana penyakit sopak adalah dikira sebagai satu keaiban dari sudut hukum syara’ yang membolehkan fasakh. Namun sekiranya pihak isteri meredhai keadaan yg dihidapi oleh suaminya dan sanggup utk terus mentaati suaminya, maka itu adalah hak isteri tersebut. Bahkan itu merupakan satu pengorbanan yang patut dihargai oleh suami. Pastinya ganjaran besar dari Allah atas kesabaran tersebut.

      wallahu a’lam bissawab.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s