MEMORI PERTEMUAN PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang untuk pertama kalinya ke weblog Drnikrahim. Moga di ruang ini kita dapat sembang-sembang dan bincang-bincang perlbagai topik menarik yang sama-sama kita utarakan bagi perkongsian ilmu dan maklumat yang berguna sambil bertukar idea dan pandangan yang bermanafaat.

Saya signup dengan weblog ini kerana terpanggil dengan saranan/ nasihat dan idea dari se orang sahabat yang baru saya kenali. Kami bercerita panjang di sebuah kopitiam di Ampang. Mungkin ramai yang mengenali beliau kerana beliau telah menceburi bidang perniagaan Travel Agency dengan nama Ash-Har Travel and Tours Sdn Bhd sejak lebih 10 tahun yang lepas. Nama beliau ialah Al Fadhil ustaz Ahmed Shukri H. AB. Rahman. Syukran Jazilan ya Ustazi.

Mengimbas kembali pertemuan pertama saya denganAl fadhil ustaz, saya tersenyum sendirian. Ianya berlaku lebih kurang seminggu yang lalu di atas bas yang membawa kami dari LCT ke KL Sentral. Di dalam bas kami tidak berbual kerana kami tidak duduk bersama. Saya di belakang dan al fadhil ustaz di hadapan; rancak berbual dengan se orang ahli keluarga beliau yang menetap di Arab Saudi. Pada mulanya, al fadhil cakap dialek Kelantan. Dalam hati saya terdetik, emm…oghe kelate. Entahlah, bila dengar orang cakap kelantan, saya rasa gembira sebab dan jumpa ‘geng’. Saya tak pasti. Adakah ini dirasakan oleh semua orang? atau hanya orang Kelantan sahaja. Nanti kita boleh discuss dalam blog ini insya’Allah.Selepas beberapa ketika berborang dalam dialek Kelantan, perbualan semakin hangat. Saya pasang telinga sahaja. Nak tidur tak rasa mengantuk. Tapi yang menarik, bahasa dah bertukar ke dalam Bahasa Al-Qur’an dan Al Sunnah. Istilah ni saya pinjam dari Al Fadhil ustaz semasa kami berbual panjang pada malam 3/8/07 yang lalu.Al Fadhil ustaz tidak suka melakukan suatu yang dah ramai orang buat. He wants to be different. Idea berbeza, approach berbeza hatta kalau kereta pun beliau tak suka kereta yang dah ramai orang pakai walaupun beliau lebih dari mampu untuk memilikinya.Berbalik kepada cerita di dalam bas tadi. Saya terus pasang telinga dengar perbualan yang berligar kebanyakannya dalam urusan perniagaan. Mungkin beliau tidak menyangka ada orang yang boleh faham Bahasa Arab, sebab tak  nampak sangat muka Arab dalam bas tu. Walaupun rupa saya tak macam Melayu, tapi  tidak begitu nampak ke’araban’nya. So, Al Fadhil ustaz  memang tak jangka saya faham bahasa Arab. Dalam pemerhatian saya, Al Fadhil ustaz  memang se orang business man yang berjaya dan saya terfikir, alangkah baiknya kalau dapat berkenalan dengan beliau so that boleh juga belajar selok belok perniagaan dengan beliau. Cuma terfikir-fikir apa trick nak pakai untuk memulakan langkah perkenalan ni? Emm…ha! saya dapat satu idea! “Lau samahta ya ustaz, hazihi akhir mahattah?”(adakah ini last stop untuk bas ini?)  itu soalan pertama saya pada Al Fadhil ustaz  sebaik sahaja bas sampai ke KL Sentral. Al Fadhil ustaz  jawab dengan spontan dan terus bertanya saya dari mana. Sedikit terkejut Al Fadhil ustaz bila saya maklumkan bahawa saya berasal dari Kelantan dan pernah belajar di Universiti Al Azhar. Saya amat kagum dengan kepetahan Al Fadhil ustaz apabila bercakap dengan fasih di dalam Bahasa Arab walaupun beliau tidak pernah belajar di Timur Tengah. Akhirnya apabila turun kami sempat berborak-borang ringkas dan bertukar kad perniagaan masing-masing.Selepas pertemuan pertama itu hati saya melonjak-lonjak untuk segera menemui Al Fadhil ustaz untuk kali kedua, macam orang dah jatuh cinta pandang pertama! dan alhamdulillah permintaan saya dimakbulkan. Akhirnya kami bertemu di Ampang Park dan Al Fadhil ustaz membawa saya menaiki kereta Rextonnya ke Kopitiam berhampiran dengan Ampang Park. Banyak nasihat yang ingin saya abadikan di dalam blog ini sebagai satu penghargaan di atas ‘free consultation’ yang diberikan oleh  Al Fadhil ustaz Selain dari menyarankan saya melakukan suatu yang berbeza di dalam segala aspek kehidupan, beliau banyak menekankan tentang ‘being sepecialized’ dalam satu-satu bidang. Bagi saya sebagai bekas ahli akademik dan pensyarah di dalam bidang Undang-Undang jenayah Islam, saranan beliau, saya perlu ‘be an expert in the field’ sebab itu bidang kepakaran saya. ‘Anta ambik bidang yang salah!” saya masih ingat dengan jelas kata-kata Al Fadhil ustaz yang menegur saya bila saya ambil bidang perunding kewangan Islam sebagai bidang perniagaan saya kerana itu bukan bidang kepakaran saya.“Anta perlu banyak menulis, bukan mencetak kerja orang lain. Anta boleh jadi  publisher dan anta tak perlu bukak perniagaan dalam percetakan sebab itu bukan bidang kepakaran anta”. Demikian komen Al Fadhil ustaz bila saya minta pandangan beliau tentang perniagaan printing yang baru nak saya ceburi.“Tukhalif tu’raf” yang bermaksud “Kamu melakukan suatu yang kontroversi kamu akan dikenali” yang disebut oleh Al Fadhil ustaz juga mencetus satu dimensi baru dalam pemikiran saya. Ya, apa salah melakukan suatu yang berbeza dan kontroversi asalkan ianya membantu membuka minda khalayak.Terima kasih Al Fadhil ustaz  di atas segala idea bernas yang dicurahkan. Moga Allah memberkati tuan dan ahli keluarga tercinta serta terus maju jaya di dalam perniagaan yang diceburi.

Wassalam

Ikhlas

Dr Nik Rahim

04/08/07

 

Leave a comment